Cover Depan
Allah mencipta cinta, justeru cinta harus
dipertahankan dengan sebaik-baik cara. Maka itu sebagai manusia, Saifudin atau
Laksamana Sunan tidak terlepas daripada belenggu cinta.
Tahun 1511 merupakan detik keindahan, cabaran serta air mata. Pengembaraan
Saifudin berserta sahabat-sahabatnya ternyata bukan satu perjalanan yang mudah.
Fikiran Saifudin agak terganggu apabila mendengar khabar bahawa isterinya masih
hidup. Namun, benarkah Sang Dewi itu adalah isterinya, Ratna manta Ratu
Sulaman? Atau sekadar jelmaan?
Pada tahun 1531 - Saifudin yang sudah berusia memutuskan untuk bermukim di
Pinggir Hulu Melaka. Dia mengisi hari tuanya dengan menghambakan diri kepada
ALLAH dan meninggalkan dunia pertarungan. Bagaimapun, kejahatan seolah-olah
mengejarnya sampai ke hujung nyawa. Berjayakah Saifudin menewaskan mereka?
|
No comments:
Post a Comment