Cover Depan
Cinta Sang Ratu
' Laksana langit mencengkam purnama, ibarat mutiara di lautan biru saujana mata
memandang, seluas langit terbentang.
Tatkala cinta berbisik, suaranya memuji TUHAN pabila rindu terusik, rasulNya
jadi pilihan.
Sampai masanya cinta jadi taruhan Sang Ratu menjadi impian. '
* Akhir kurun ke-15 : Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang
ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera
bangkit. Seketika tadi dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat ke
belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila melihat jasad Laksamana
Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan teringatkan ucapan lelaki itu
kepadanya.
" Sebagai manusia, aku sayang kepadamu "
* Awal abad ke-21 : Bersendirian di bilik tidur, Haryani meraih ingatannya
kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu kini hilang sewaktu
tsunami melanda Aceh. Harapan untuk Dani hidup amat tipis. Tidak
mungkin Dani selamat dari badai ombak itu. hanya kata-kata Dani sahaja
yang menjadi pengubat resahnya.
"Haryani, walau apapun yang berlaku, saya tetap mencintai dan menyayangi
awak. "
Dua wanita dari dua zaman ditakdirkan mencari lelaki-lelaki yang pada mulanya
mereka benci. Dan, akhirnya bertemu dengan orang yang dicari. Namun, apakah
lelaki-lelaki yang ditemui itu masih memegang kata-kata mereka sebagai satu
janji?
Cinta Sang Ratu...
' Mengulang kisah perkelahian di langit yang berlanjutan kepada peperangan di
bumi semata-mata kerana cinta '
|
No comments:
Post a Comment