Friday, 18 April 2014

My Precious Iris (MYPI)

cover depan

Novel nie merupakan kesinambungan daripada novel I LOVE YOU STUPID.. Aku dah review pasal novel nie pada entry terdahulu klik sini kalau ada yang dah lupa kan.. hehe... Ni aku bagi sinopsis novel...

Dengan hati ikhlas yang sentiasa mengingati Allah, langit runtuh pun aku tak takut!

Kisah kehidupan yang penuh warna. Tanpa iman dan kasih sayang, jiwa manusia sangat menderita di dalam kolam hati. Seumpama perahu kertas yang belayar di lautan luas. Betapa rapuh dan lemahnya sehelai kertas menahan asakan dari gelombang. Manusia adalah apa yang mahu dipercayai dan apa yang dipercayainya. Hanya berpegang kepada iman dan kasih sayang, adakah sinar cahaya yang ditemui Iris terus digenggamnya? Siapakah lelaki yang berjaya menakluki Iris? Mampukah hidup yang hanya berbekalkan kejujuran menghalang rama-rama Iris daripada terus terbang bebas? Ketika Iris menyedari, dia harus berjuang untuk hidup, maka bagaimanakah akhirnya seorang Iris?

“Kaya raya sampai langit ketujuh sekali pun, saya tak hairan. Tak payahlah nak beritahu semua orang jutawan nombor satu di Malaysia, ada rumah persinggahan di seluruh dunia, francais beribu-ribu satu alam, harta berbilion, berpangkat Tengku, Tan Sri atau Tun sekali pun, kalau tak diescort dengan polis trafik, tak payah berlagak sangat. Itu maknanya tak cukup kaya dan tak cukup hebat, jangan nak bangga sangat dengan kekayaan boy-friend awak tu! Sebatang jarum pun tak boleh dibawa mati!”- FIRMAN

“I ada tiga cadangan nama baby. Cullan-Gaelic meaning spirit of God and handsome, Gavin-Welsh, a fierce and strong warrior. They’re unique and yet go perfectly with the Irish last name. Tapi yang paling memukau nama Aidan dan Iris itu sendiri. Apa saja mengenai Iris sentiasa mengingatkan I ketika di Dublin, Ireland.”- AIDAN

“You tak ada apa-apa perasaan kat I sebab you dah ada orang lain. Macam I tak kenal dengan rupa perempuan macam you. Tak pernah puas dengan seorang lelaki…”- HARIS

Aku diberi gelaran my precious... Sejak awal pertemuan kami... Dia cuba menyedarkan aku dengan cara halus... Aku sangat berharga sebagai seorang gadis maka aku harus menjaga penghargaan itu.- IRIS


Kesinabungan novel ini memang lebih banyak memberikan aku pengetahuan tentang banyak perkara.. Plot yang disusun dalam cerita ni dapat menarik minat pembaca untuk terus membaca sehingga cerita tamat. 

Apa yang aku boleh cerita, Iris Firman Nur sangat berbahagia dengan kehidupan selepas menjadi isteri kepada Inspektor Firman Ebrahim. Tetapi dugaan yang tidak dapat diduga telah melanda rumahtangga mereka di mana Iris terpaksa mengalami kejadian ngeri yang hampir meragut dua nyawa iaitu dirinya dan bayi yang bakal dilahirkan.. kejadian tersebut membuat Iris menjadi 'buta sementara' kerana kecederaan yang dialaminya. Begitu hebat ujian yang melanda kehidupan Iris dan juga ketabahan seorang suami yang sanggup bertarung nyawa demi isteri tercinta.

Niat membantu untuk mendapatkan bantuan kewangan untuk disalurkan kepada negara yang memerlukan membuatkan Iris nekad untuk terus meneruskan usaha demi melihat anak bangsa yang terbiar tanpa pendidikan dibesarkan dalam keadaan yang berilmu. Segala kecekalan dan ketabahan teruji dengan segala ujian yang mendatang, tetapi siapa dapat menjangka perancangan dan Takdir yang ditentukan oleh Tuhan, semua ujian pasti ada jalan penyelesaiannya. 

Pengakhiran cerita yang banyak memberikan pengajaran kepada semua pembaca menjadikan novel ni memang lain daripada yang lain. Aku bagi 10/10 bagi novel ni.. memang terbaik.. Kepada yang nak baca novel ni, kena baca dulu novel yang pertama I Love You Stupid baru boleh faham jalan cerita sebenar novel ini..

By the way, selamat membaca... Tidak rugi untuk membazirkan masa dengan membaca.. Kerana daripada pembacaan la kita memperoleh pengetahuan...


No comments:

Post a Comment