Cover Depan
Saifudin
- Muncul semula dari Tasik Hulu Melaka setelah 6 purnama dalam pengawasan dan
rawatan Hang Tuah. Pengambaraan pun bermula ke Negeri Atas Angin untuk memburu
Taghut durjana. Pelayaran telah mengundang banyak pancaroba. Namun, dia tetap
berazam dan bertawakal memburu musuh yang telah banyak menyesatkan manusia.
Raja Roman - Setelah Sang Petala berlepas diri, Taghut terkapai-kapai hilang
kesaktian. Lebih mendukacitakan apabila dia kematian permaisurinya... Sutera.
Namun, dia masih berazam untuk menghapuskan Laksamana Sunan sehingga ke hujung
nyawa.
Makhluk Sumpahan - Sang Dewi muncul akibat sumpahan Maharani Pulau Utara
sebelum kerajaan itu runtuh suatu waktu dahulu. Sang Dewi menyeru nama Saifudin
menerusi lontaran suara naluri. Sang Dewi kerap memerangkap Saifudin ke alam
tidak berdinding.
Saifullah - Pada abad ke 21 ini, dia memburu sisa kejahatan yang berlanjutan
dari tahun 1511. Abid Kamal dan Shahril turut menyertainya kerana Saifullah
mirip Saifudin yang pernah hidup pada tahun 1511.
Ramlee Awang Murshid - Sutera Bidadari, bukan hanya mempamerkan aksi lasak yang
menguja pembacaan, malah turut memanipulasikan emosi kerana karya kali ini
menggabungkan kedua-dua elemen yang tidak terungkai sehinggalah ke noktah
terakhir. |
No comments:
Post a Comment