Sunday, 27 April 2014

Sunan : Nanggroe Sang Kembara

#Laksamana Sunan 7
Cover Depan

Dek kerana fitnah dan dihukum bapa sendiri, Saifudin menjadi perantau di bumi Serambi Mekah - Aceh. Banyak ranjau yang terpaksa dilalui sebelum bermukim di situ. Saifudin diangkat menjadi anak asuhan kepada Wali Sufi. Memilih mendalami agama Islam berbanding seni persilatan.

Di sinilah perawakan Saifudin terbentuk. Dari anak manja di Punggor berubah menjadi pemuda yang pendiam. Ajaran agama Islam banyak membentuk caranya bertingkah laku. Menjadi di antara kalangan pemuda yang taat berjemaah di musollah. Sentiasa mengiringi Wali Sufi ke mana-mana dalam menyelesaikan urusan. Juga menjadi pemberi minum di kalangan anak-anak murid guru persilatan terhebat itu. Hatta, sering menjadi mangsa buli Djailuh dan Sadik di gelanggang persilatan.

Kemunculan Ratna Sang Ratu Sulaman yang menyusup ke bumi Aceh dengan satu tujuan - Wali Sufi untuk menghancurkan keampuhan Aceh daripada serangan Kerajaan Pulau Utara yang sering kecundang di dalam kancah peperangan. Namun Ratna gagal melakukannya. Justeru, anak asuhan Maharani itu menyasarkan Saifudin. Membunuh Saifudin dipercayai bakal membunuh semangat juang Wali Sufi.

Rombongan kerajaan Pagar Ruyong tiba di Aceh. Engku Aminah, anak kerabat yang rupawan menjadi perhatian anak-anak muda negeri ini. Namun Engku Aminah memilih Saifudin kerana tertarik dengan akhlak terpuji pemuda itu. Bunga cinta mulai tumbuh subur. Engku Aminah mulai menyedari rasa kasihnya pada Saifudin biarpun dalam tempoh yang singkat. Namun Ratna muncul menjadi batu penghalangnya kerana ada sekelumit rasa cemburu membajai jiwanya.

RAMLEE AWANG MURSHID menerapkan unsur cinta dalam karyanya kali ini. Cinta yang terkawal peradabannya. Cinta bersifat fitrah. Jarang sekali rasa cinta itu muncul bermula dari kebencian. Namun itulah yang berlaku. Cinta tiga segi antara Saifudin, Engku Aminah dan Ratna Sang Ratu Sulaman. Cinta yang wujud dari peperangan, kemarahan dan dendam. Penuh aksi mendebarkan. Digelumangi magis dan kesaktian. Pelayaran dan pengembaraan yang terasa menggugah rasa hati.

Bukan Kerana Aku Tak Cinta


Cover Depan
Sinopsis : 

“Kalau aku suruh kau terjun dalam kolam tu, kau nak terjun?”
“Untuk buktikan cinta Mas kat abang… terjun kolam pun Mas sanggup. Okey! Mas terjun! Tapi untuk pengetahuan abang... Mas tak tahu berenang!”
“Mastura!!!!!!!”

JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.
Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.

“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”
“Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.”

Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?
Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah bekas ketua kumpulan gengster!
Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.


Okeyyy.... Cerita novel ni sudah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri.. Tajuknya masih sama, Bukan Kerana Aku Tak Cinta ( BKATC ) membariskan pelakon-pelakon yang terkenal seperi Shaanaz Ahmad dan Nelydia Senrose. Kepada yang sudah baca novel ni boleh teruskan tengok cerita ne... memang sebijik la dengan drama ne.. cuma adalah part yang dikurangkan untuk kesesuaian dengan industri drama melayu kan.. Layan promo ne dulu...

sumber daripada Youtube

Pelakon utama drama





Friday, 25 April 2014

Sunan Musafir

#Laksamana Sunan 6
Cover Depan

Allah mencipta cinta, justeru cinta harus dipertahankan dengan sebaik-baik cara. Maka itu sebagai manusia, Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas daripada belenggu cinta.

Tahun 1511 merupakan detik keindahan, cabaran serta air mata. Pengembaraan Saifudin berserta sahabat-sahabatnya ternyata bukan satu perjalanan yang mudah.

Fikiran Saifudin agak terganggu apabila mendengar khabar bahawa isterinya masih hidup. Namun, benarkah Sang Dewi itu adalah isterinya, Ratna manta Ratu Sulaman? Atau sekadar jelmaan?

Pada tahun 1531 - Saifudin yang sudah berusia memutuskan untuk bermukim di Pinggir Hulu Melaka. Dia mengisi hari tuanya dengan menghambakan diri kepada ALLAH dan meninggalkan dunia pertarungan. Bagaimapun, kejahatan seolah-olah mengejarnya sampai ke hujung nyawa. Berjayakah Saifudin menewaskan mereka?

Sunday, 20 April 2014

Sutera Bidadari

#Laksamana Sunan 5
Cover Depan

Saifudin - Muncul semula dari Tasik Hulu Melaka setelah 6 purnama dalam pengawasan dan rawatan Hang Tuah. Pengambaraan pun bermula ke Negeri Atas Angin untuk memburu Taghut durjana. Pelayaran telah mengundang banyak pancaroba. Namun, dia tetap berazam dan bertawakal memburu musuh yang telah banyak menyesatkan manusia.

Raja Roman - Setelah Sang Petala berlepas diri, Taghut terkapai-kapai hilang kesaktian. Lebih mendukacitakan apabila dia kematian permaisurinya... Sutera. Namun, dia masih berazam untuk menghapuskan Laksamana Sunan sehingga ke hujung nyawa.

Makhluk Sumpahan - Sang Dewi muncul akibat sumpahan Maharani Pulau Utara sebelum kerajaan itu runtuh suatu waktu dahulu. Sang Dewi menyeru nama Saifudin menerusi lontaran suara naluri. Sang Dewi kerap memerangkap Saifudin ke alam tidak berdinding.

Saifullah - Pada abad ke 21 ini, dia memburu sisa kejahatan yang berlanjutan dari tahun 1511. Abid Kamal dan Shahril turut menyertainya kerana Saifullah mirip Saifudin yang pernah hidup pada tahun 1511.

Ramlee Awang Murshid - Sutera Bidadari, bukan hanya mempamerkan aksi lasak yang menguja pembacaan, malah turut memanipulasikan emosi kerana karya kali ini menggabungkan kedua-dua elemen yang tidak terungkai sehinggalah ke noktah terakhir.

Friday, 18 April 2014

My Precious Iris (MYPI)

cover depan

Novel nie merupakan kesinambungan daripada novel I LOVE YOU STUPID.. Aku dah review pasal novel nie pada entry terdahulu klik sini kalau ada yang dah lupa kan.. hehe... Ni aku bagi sinopsis novel...

Dengan hati ikhlas yang sentiasa mengingati Allah, langit runtuh pun aku tak takut!

Kisah kehidupan yang penuh warna. Tanpa iman dan kasih sayang, jiwa manusia sangat menderita di dalam kolam hati. Seumpama perahu kertas yang belayar di lautan luas. Betapa rapuh dan lemahnya sehelai kertas menahan asakan dari gelombang. Manusia adalah apa yang mahu dipercayai dan apa yang dipercayainya. Hanya berpegang kepada iman dan kasih sayang, adakah sinar cahaya yang ditemui Iris terus digenggamnya? Siapakah lelaki yang berjaya menakluki Iris? Mampukah hidup yang hanya berbekalkan kejujuran menghalang rama-rama Iris daripada terus terbang bebas? Ketika Iris menyedari, dia harus berjuang untuk hidup, maka bagaimanakah akhirnya seorang Iris?

“Kaya raya sampai langit ketujuh sekali pun, saya tak hairan. Tak payahlah nak beritahu semua orang jutawan nombor satu di Malaysia, ada rumah persinggahan di seluruh dunia, francais beribu-ribu satu alam, harta berbilion, berpangkat Tengku, Tan Sri atau Tun sekali pun, kalau tak diescort dengan polis trafik, tak payah berlagak sangat. Itu maknanya tak cukup kaya dan tak cukup hebat, jangan nak bangga sangat dengan kekayaan boy-friend awak tu! Sebatang jarum pun tak boleh dibawa mati!”- FIRMAN

“I ada tiga cadangan nama baby. Cullan-Gaelic meaning spirit of God and handsome, Gavin-Welsh, a fierce and strong warrior. They’re unique and yet go perfectly with the Irish last name. Tapi yang paling memukau nama Aidan dan Iris itu sendiri. Apa saja mengenai Iris sentiasa mengingatkan I ketika di Dublin, Ireland.”- AIDAN

“You tak ada apa-apa perasaan kat I sebab you dah ada orang lain. Macam I tak kenal dengan rupa perempuan macam you. Tak pernah puas dengan seorang lelaki…”- HARIS

Aku diberi gelaran my precious... Sejak awal pertemuan kami... Dia cuba menyedarkan aku dengan cara halus... Aku sangat berharga sebagai seorang gadis maka aku harus menjaga penghargaan itu.- IRIS


Kesinabungan novel ini memang lebih banyak memberikan aku pengetahuan tentang banyak perkara.. Plot yang disusun dalam cerita ni dapat menarik minat pembaca untuk terus membaca sehingga cerita tamat. 

Apa yang aku boleh cerita, Iris Firman Nur sangat berbahagia dengan kehidupan selepas menjadi isteri kepada Inspektor Firman Ebrahim. Tetapi dugaan yang tidak dapat diduga telah melanda rumahtangga mereka di mana Iris terpaksa mengalami kejadian ngeri yang hampir meragut dua nyawa iaitu dirinya dan bayi yang bakal dilahirkan.. kejadian tersebut membuat Iris menjadi 'buta sementara' kerana kecederaan yang dialaminya. Begitu hebat ujian yang melanda kehidupan Iris dan juga ketabahan seorang suami yang sanggup bertarung nyawa demi isteri tercinta.

Niat membantu untuk mendapatkan bantuan kewangan untuk disalurkan kepada negara yang memerlukan membuatkan Iris nekad untuk terus meneruskan usaha demi melihat anak bangsa yang terbiar tanpa pendidikan dibesarkan dalam keadaan yang berilmu. Segala kecekalan dan ketabahan teruji dengan segala ujian yang mendatang, tetapi siapa dapat menjangka perancangan dan Takdir yang ditentukan oleh Tuhan, semua ujian pasti ada jalan penyelesaiannya. 

Pengakhiran cerita yang banyak memberikan pengajaran kepada semua pembaca menjadikan novel ni memang lain daripada yang lain. Aku bagi 10/10 bagi novel ni.. memang terbaik.. Kepada yang nak baca novel ni, kena baca dulu novel yang pertama I Love You Stupid baru boleh faham jalan cerita sebenar novel ini..

By the way, selamat membaca... Tidak rugi untuk membazirkan masa dengan membaca.. Kerana daripada pembacaan la kita memperoleh pengetahuan...


Thursday, 17 April 2014

Cinta Sufi

#Laksamana Sunan 4
Cover Depan

Pilu hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka. Ingin mencari 'lelaki bertanduk dua'.

Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yang dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna.

Laksamana Sunan, Catalina dan Luna... bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta segi tiga yang terlafaz dan tersembunyi.

CINTA SUFI
Sebuah kesinambungan trilogi Bagaikan Puteri, dipenuhi aksi pengembaraan dan pertembungan antara kebaikan dan kebatilan, yang nyata dan mistik. Disemarakkan lagi dengan rasa cinta dan pengorbanan.

Monday, 14 April 2014

Hijab Sang Pencinta

#Laksamana Sunan 3

Cover Depan

RASA rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.

Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana.

Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.

Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.

Friday, 11 April 2014

Cinta Sang Ratu

#Laksamana Sunan 2

Cover Depan

Cinta Sang Ratu
' Laksana langit mencengkam purnama, ibarat mutiara di lautan biru saujana mata memandang, seluas langit terbentang.
Tatkala cinta berbisik, suaranya memuji TUHAN pabila rindu terusik, rasulNya jadi pilihan.
Sampai masanya cinta jadi taruhan Sang Ratu menjadi impian. '

* Akhir kurun ke-15 : Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera bangkit. Seketika tadi dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya.

" Sebagai manusia, aku sayang kepadamu "

* Awal abad ke-21 : Bersendirian di bilik tidur, Haryani meraih ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu kini hilang sewaktu tsunami melanda Aceh. Harapan untuk Dani hidup amat tipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak itu. hanya kata-kata Dani sahaja yang menjadi pengubat resahnya.

"Haryani, walau apapun yang berlaku, saya tetap mencintai dan menyayangi awak. "

Dua wanita dari dua zaman ditakdirkan mencari lelaki-lelaki yang pada mulanya mereka benci. Dan, akhirnya bertemu dengan orang yang dicari. Namun, apakah lelaki-lelaki yang ditemui itu masih memegang kata-kata mereka sebagai satu janji?

Cinta Sang Ratu...
' Mengulang kisah perkelahian di langit yang berlanjutan kepada peperangan di bumi semata-mata kerana cinta '


Wednesday, 9 April 2014

Bagaikan Puteri

#Laksamana Sunan 1


" Apabila hujan turun, melimpahlah air dari perbukitan, aliran
menujah batu, melekuk tanda waktu beralib, seiring nyawa
menghanyut usia, sejalan nafas melangkah ke hujung, "

Haryani dan Laksamana Sunan... saling jatuh cinta.
Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas
jangkauan manusia, malah sukar diterima lojik akal.
Mereka dari zaman yang berbeza.

Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan
kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan
cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja
cinta yang terpendam.

Dani... pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula ke
abad 21.

Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan.
Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21.
Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan.
Salah satu kehidupan itu mesti mati!