Saturday, 8 March 2014

Cinta Kau dan Aku


Sinopsis :

"Apa, jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat kau tu jantan ke nak jadi driver", marah Mak Timah.
"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" Soal Farish Hakimi dengan wajah serius.
"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."
Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?

Novel genre cinta yang pertama aku pernah baca. Penulis novel ini iaitu Siti Rosmizah telah membuatkan aku rasa tertarik untuk membaca novel ini. Novel ini menceritakan tentang seorang gadis cantik tapi beperwatakan tomboy yang bernama Nur Farisha Iman yang telah bekerja sebagai pemandu bagi seorang pemuda yang kaya dan tampan bernama Mohd Farish Hakimi. Walaupun perwatakan Risya tomboy, tetapi Farish tetap jatuh cinta dan sayang kepada Risya dan membuat keputusan untuk mengahwini gadis tersebut. Kehidupan mereka sangat bahagia, tetapi dengan kehadiran adik kepada Farish dan bekas tunang Farish membuatkan rumah tangga mereka mula goyah dengan pelbagai fitnah yang dilemparkan kepada Risya. 

Pada saat Farish mula meragui isterinya, adik dan bekas tunang Farish telah merancang rancangan jahat yang memerangkap Risya dengan sahabat baiknya. Farish yang melihat kejadian itu, tanpa usul periksa telah menceraikan Risya dengan talak satu. Pada saat itu, Farish tidak memberikan peluang langsung kepada Risya untuk menerangkan keadaan yang sebenar. Setelah berpisah dengan Farish, cikgu Zul yang banyak membantu Risya dan memberi semangat semula kepada Risya. Cikgu Zul merupakan bekas cikgu sekolah Risya dahulu dan pernah berniat untuk masuk meminang Risya tetapi di tolak mentah-mentah oleh Risya. Tapi selepas berpisah dengan Farish, Cikgu Zul yang banyak memberikan bantuan dan membuatkan Risya terpikat dengan kebaikan Cikgu Zul. Tetapi malang tidak berbau di mana Cikgu Zul sebenarnya menghidap penyakit yang serius dan jangka hayat beliau untuk hidup tidak lama. Risya berasa simpati dan berniat untuk menikahi Cikgu Zul bagi memenuhi impian cikgu tersebut di mana telah lama menyimpan perasaan dengan Risya.

Sebelum Risya dengan Cikgu Zul berkahwin, takdir telah menemukan Farish dengan Risya semula. Rupa-rupanya Cikgu Zul merupakan sahabat baik kepada Farish dan sangat mengejutkan buat Farish bahawa Zul sahabat baiknya akan berkahwin dengan bekas isterinya Risya. Sangat saspen plot dalam novel ini, cinta tiga segi..

Kalau korang semua nak tahu apa pengakhiran cerita dalam novel ini, kena la baca sendiri. Aku pasti penamat cerita ini memang terbaik. Aku bagi lima bintang untuk cerita novel ni. hehe.. 

Sebelum aku terlupa, novel ini telah diadaptasikan menjadi sebuah drama TV yang bertajuk Cinta Kau dan Aku yang disiarkan di saluran  RTM TV1 pada tahun lepas.. Barisan pelakon terdiri daripada Fizz Fairuz yang membawa watak sebagai Farish Hakimi, Sara Ali membawa watak sebagai Nur Farisha Iman dan Fazreen Rafi sebagai Cikgu Zul. Cerita dalam drama dan novel memang sama. Terbaik dan tidak mengecewakan kepada pembaca dan juga penonton..


Selamat membaca semua..... ^_^

No comments:

Post a Comment