Tuesday, 18 March 2014

Andai Itu Takdirnya

Novel pertama Siti Rosmizah.. Okey, aku terlepas pandang.. Aku ingat novel Cinta Kau dan Aku tu
yang pertama, rupanya ada lagi karya sebelum itu daripada SR.
BEST SELLER...

Novel pertama pun dah BEST SELLER, memang terbaik la penulisan SR.



Cerita yang penuh dengan kisah yang sangat sedih dan penuh dengan air mata.
Permulaan daripada sebuah perkahwinan berlandaskan paksaan dan bukan kerana cinta, Nur Aleya telah menjadi mangsa kepada seorang suami yang sangat kejam bernama Syed Aizril.

Nur Aleya dan Syed Aizril merupakan rakan sekuliah di Universiti di United Kingdom. Dalam diam, Aleya menaruh hati kepada Syed Aizril yang merupakan anak salah seorang tokoh korporat yang ternama. Wajah Syed Adam Aizril yang tampan menjadikan dia pujaan dan kegilaan ramai gadis. Tetapi ada satu sifat yang tidak baik dimiliki oleh dia adalah sombong dan ego kerana dia sudah terbiasa dengan kehidupan mewah yang menjadikan dia seorang yang memandang darjat dan keturunan termasuklah semasa memilih kawan dan pasangan.

Dalam satu kejadian yang tidak diduga, Syed Aizril dan Nur Aleya terpaksa berkahwin. Kerana terlalu ego dan sombong, Syez Aizril telah melayan Aleya dengan hina dan kejam sekali. Tidak pernah sekali pun Syed Aizril melayan Aleya dengan mesra.

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandungkan mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Aleya ditinggalkan oleh suaminya sendiri yang tidak pernah mahu mengakui bahawa anak yang Aleya kandung merupakan anak Syed Aizril. Keperitan hidup membuatkan Aleya menjadi semakin tabah. Namun siapa pun tidak dapat menghalang kuasa cinta antara mereka suami isteri. Mereka kembali bersama setelah Syed Aizril menyedari bahawa dia mencintai isterinya dengan sepenuh hati. Tetapi sekali lagi kebahagian rumah tangga mereka diuji dengan kehadiran Sharifah Emilin yang merupakan sepupu kepada Syed Aizril yang muncul untuk membuat onar.

Namun begitu, cinta mereka sekali lagi diuji di tengah jalan menuju kebahagian. Kerana keegoaan seorang lelaki yang bergelar suami, Syed Aizril sekali lagi telah melakukan kesilapan lagi yang hanya merugikan dirinya sendiri. Aleya telah pergi membawa diri dengan luka di hati yang semakin mendalam.

Apakah yang terjadi pada Nur Aleya??? Adalkah Syed Adam Aizril mampu mendapatkan semula cinta daripada Aleya??? Jika anda semua ingin tahu dengan lebih lanjut penamat cerita ini, sila beli dan baca sendiri novel ini.. Aku bagi 5 bintang bagi novel ini, memang tip top kerana penulis sangat pandai menggarap jalan cerita yang membuatkan pembaca pun turut bersedih, gembira dan tersenyum ketika membaca.

Happy reading you all
Thank you.

No comments:

Post a Comment