Saturday, 29 March 2014

Review "Jangan Baca Novel Ini"

Tajuk pun dah pelik... JANGAN BACA NOVEL INI

Ini dinamakan reverse psychology bila tengok tajuk novel tu kata 'JANGAN' lagi la terasa nak bacakan.. Sebenarnya buku ne pinjam daripada roomate aku. Dia yang beriya- iya suruh aku baca novel ni.. Aku pun baca la.. And aku rasa novel ni 'lain dari yang lain'.. hehe.. Kalau nak tau kenapa  ia 'lain dari yang lain' , sila lah baca sendiri dan ambil feeling sikit masa baca tu... Ne ha aku bagi korang sinopsis novel lebih kurang macam ne la.....

Kalau asyik baca novel cinta saja pun kadang-kadang bosan juga kan?Try novel ni.Tapi jangan baca seorang diri. Make sure ada teman.Sebab ada kemungkinan anda akan berasa aneh. Juga berhalusinasi benda yanhg bukan-bukan.Novel ini bukanuntuk mereka yang lemah semangat. Tapi untuk mereka yang nak menjana minda dan menguatkan jantung. Sebab semakin jauh membaca, otak anda akan semakin ligat berputar dan jantung anda akan semakin kuat berdebar-debar.Tak percaya? Cubalah.

Cover depan
Cover belakang

Okey, dah baca sinopsis kan.. Mesti korang pelik kan... hehe... Dalam novel ne ada watak utama  yang bernama Munir, kekasih Munir iaitu Suraya dan Budak kecik yang bernama Adib. Tiga watak ini memainkan peranan penting dalam penceritaan novel ne...

Semuanya bermula apabila c Munir berjumpa dengan seorang budak yang bernama Adib. Seorang budak kecil yang ditinggalkan di sebuah rumah usang yang tiada berpenghuni.. Munir pun berniat nak membawa c adib ne balik ke kampung halaman dia. Apa yang anehnya dengan budak Adib ne, sepanjang perjalanan tak bercakap sepatah pun dengan c Munir sebaliknya budak Adib ne sibuk baca buku cerita. Pelik, Munir merasa ada yang pelik tentang buku yang Adib baca sebab buku tersebut tidak ada gambar cover depan dan sinopsis pun.. Buku tu KOSONG.. Tetapi yang lagi pelik, buku tersebut ditulis dengan tulisan tangan bukannya di taip. Sangat misteri dan menarik minat Munir untuk membaca buku tersebut.

Misterinya dalam buku cerita yang c Adib tu, semua nama wataknya adalah orang yang ada disekeliling Munir. Pelik memang pelik dan setiap kejadian yang diceritakan dalam buku tersebut akan berlaku. Munir bertambah pelik dengan buku tersebut, tetapi dia tetap meneruskan pembacaan sehingga tamat. Pada pengakhiran Novel ne, c Munir tu terpaksa di masukkan ke dalam Hospital Sakit Jiwa.. Kalau korang rasa ingin tahu kenapa dan mengapa c Munir tu terpaksa dihantar ke Hospital mental, sila baca sendiri.. Baru dapat feeling gituhhh... hehe...

Aku nasihatkan semasa baca buku ne, MEMANG dan WAJIB untuk tidak membaca sewaktu anda keseorangan.. Memang boleh menaikkan aura seram masa baca novel ni.. Jangan sampai anda pula yang berhalusinasi pula... hehe...

The END.. Happy Reading all....



Sunday, 23 March 2014

Next.... "I Love You, Stupid !! "

Nanti dulu, jangan salah sangka dengan tajuk itu... hehe.. 
Yes... memang tajuk novel tu I LOVE YOU STUPID.. 
Hasil nukilan penulis yang sangat berbakat iaitu Melur Jelita...

Cover
Novel ini lain dari yang lain, sebab jalan cerita memang lain dan sesuatu yang luar biasa bagi semua pembaca dan penggemar novel. Tapi buku ini agak tebal juga ya, 1389 muka surat... Memang tebal sangat-sangat tetapi percaya la setiap muka surat memberikan input yang sangat banyak. Jangan pernah skip satu muka surat pun okey, nanti korang semua tak tahu jalan ceritanya. 

KISAH KEMANUSIAAN YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG. Perjalanan hidup Iris mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hatinya.

Aku Iris the diva. Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang! I’m bad and I’m dangerous!

Aidan? My main course yang sangat menyelerakan!

“Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh Inspektor Iris, saya nampak hati saya berada dalam hati Inspektor Iris… – Aidan

Abang pedas? Eye Mo aku!

“Apalah sangat dengan saman yang setakat 300 ringgit tu? Lebih dari tu I boleh bayar. Berbaloi dapat love letter dengan hot guy ni.Handsome dan pedasss!” - Iris

“Kesalahan keempat, cuba menggoda polis. Kesalahan kelima, menghina kerja polis, kesalahan keenam cuba menghalang polis dari menjalankan tugas...” – Abang pedas

Inspektor Ebrahim? My parfait, perfect!

“Sir! How could you! Menggoda seorang gadis di bawah umur?” - Iris

“Bukan di bawah umur, gadis di bawah sedar, di bawah pengaruh kurang cerdik!” - Ebrahim

Firman? Yucks! Mulutnya, ya Rabbi! Lebih pedas dari segalanya!

“Untuk bodyguard saya… yang sangat macho, stylo… dan…”

“Dan apa?” - Firman

“Ermmm… satu hari nanti dan apa, akan terjawab. So biarkan saja tempat kosong itu.” - Iris

Lara, Farina dan Violet, my divas. We’re hot, sexy and naughty. Bukan sembarangan lelaki boleh mendampingi kami dan kami juga tidak mendampingi sembarangan lelaki.

Kegembiraan aku dan divas tidak berpanjangan apabila berlaku satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Demi memenuhi hasrat terakhirnya, aku membawa misi yang besar dengan mengharung hidup di tempat asing yang sangat mencabar.

“Anakku, di mana anakku. Saya sanggup buat apa saja asalkan anak saya dikembalikan… Tolonglah, saya merayu.”

Semua yang berlaku mematangkan aku tentang kehidupan… tentang Islam, agamaku… tentang rasa cinta yang sebenar-benarnya cinta…

“Selama ini saya merasa sepi dan tidak berpunya. Tiba-tiba saja rasa itu menghilang bila saya mula beristighfar…

Iris Firman Nur, seorang gadis yang manja, kaya dan berlagak diva akhirnya tewas di tangan seorang inspektor kacak, bergaya dan PEDAS yang bernama Firman Ebrahim. Kisah tentang gadis yang bernama Iris yang sangat nakal dengan geng diva Lara, Farina dan Violet yang tidak mudah untuk didampingi mana-mana lelaki. Keakraban mereka menyebabkan Iris tekad untuk membantu salah seorang Divas yang sedang dalam kesusahan.

Dalam situasi itu, Iris masih rasa sepi dan tidak berpunya. Kemunculan Inspektor Firman Ebrahim yang tidak diduga dan ditugasakn menjadi bodyguard Iris sepanjang dia berada di kemboja menjadikan mereka semakin dekat walaupun Firman sendiri cuba menjaga jarak dengan anak majikannya, IRIS yang begitu angkuh sekali dengan kejelitaan dan kekayaan yang dimilikinya.

Tetapi, setelah Iris mula beristigfar dengan itu segala rasa sepi dan tidak berpunya menjadi hilang secara tiba-tiba. Dalam melaksanakan misi sebenar untuk menyelamatkan sahabat baiknya, Iris turut terjebak dengan perasaan sayang dan cinta kepada Firman tetapi pada masa yang sama dia adalah tunang kepada Dr.Aidan. Apakah Iris akan kekal bersama dengan Dr.Aidan? Adakah misi Iris di kemboja berjaya? Bagaimana pula dengan Firman Ebrahim? 

Kalau korang semua nak tahu, boleh la beli novel tersebut.. Aku bagi 10/10 untuk novel ini sebab jalan cerita memang lain dari yang lain. Latar belakang kemboja dengan bersandarkan kepada keturunan Melayu Champ, aku pun baru tahu bahawa kemboja pun ada orang melayu.. hehe.. Kalau tak baca novel ini, memang aku tak tahu... 

Sebelum tu, novel ini ada kesinanmbungannya.. Next entry nanti aku review pula tentang sambungan kepada cerita ini.. See u next time... Happy reading people.. ^_^

Tuesday, 18 March 2014

Andai Itu Takdirnya

Novel pertama Siti Rosmizah.. Okey, aku terlepas pandang.. Aku ingat novel Cinta Kau dan Aku tu
yang pertama, rupanya ada lagi karya sebelum itu daripada SR.
BEST SELLER...

Novel pertama pun dah BEST SELLER, memang terbaik la penulisan SR.



Cerita yang penuh dengan kisah yang sangat sedih dan penuh dengan air mata.
Permulaan daripada sebuah perkahwinan berlandaskan paksaan dan bukan kerana cinta, Nur Aleya telah menjadi mangsa kepada seorang suami yang sangat kejam bernama Syed Aizril.

Nur Aleya dan Syed Aizril merupakan rakan sekuliah di Universiti di United Kingdom. Dalam diam, Aleya menaruh hati kepada Syed Aizril yang merupakan anak salah seorang tokoh korporat yang ternama. Wajah Syed Adam Aizril yang tampan menjadikan dia pujaan dan kegilaan ramai gadis. Tetapi ada satu sifat yang tidak baik dimiliki oleh dia adalah sombong dan ego kerana dia sudah terbiasa dengan kehidupan mewah yang menjadikan dia seorang yang memandang darjat dan keturunan termasuklah semasa memilih kawan dan pasangan.

Dalam satu kejadian yang tidak diduga, Syed Aizril dan Nur Aleya terpaksa berkahwin. Kerana terlalu ego dan sombong, Syez Aizril telah melayan Aleya dengan hina dan kejam sekali. Tidak pernah sekali pun Syed Aizril melayan Aleya dengan mesra.

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandungkan mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Aleya ditinggalkan oleh suaminya sendiri yang tidak pernah mahu mengakui bahawa anak yang Aleya kandung merupakan anak Syed Aizril. Keperitan hidup membuatkan Aleya menjadi semakin tabah. Namun siapa pun tidak dapat menghalang kuasa cinta antara mereka suami isteri. Mereka kembali bersama setelah Syed Aizril menyedari bahawa dia mencintai isterinya dengan sepenuh hati. Tetapi sekali lagi kebahagian rumah tangga mereka diuji dengan kehadiran Sharifah Emilin yang merupakan sepupu kepada Syed Aizril yang muncul untuk membuat onar.

Namun begitu, cinta mereka sekali lagi diuji di tengah jalan menuju kebahagian. Kerana keegoaan seorang lelaki yang bergelar suami, Syed Aizril sekali lagi telah melakukan kesilapan lagi yang hanya merugikan dirinya sendiri. Aleya telah pergi membawa diri dengan luka di hati yang semakin mendalam.

Apakah yang terjadi pada Nur Aleya??? Adalkah Syed Adam Aizril mampu mendapatkan semula cinta daripada Aleya??? Jika anda semua ingin tahu dengan lebih lanjut penamat cerita ini, sila beli dan baca sendiri novel ini.. Aku bagi 5 bintang bagi novel ini, memang tip top kerana penulis sangat pandai menggarap jalan cerita yang membuatkan pembaca pun turut bersedih, gembira dan tersenyum ketika membaca.

Happy reading you all
Thank you.

Sunday, 9 March 2014

Review Awek Chuck Taylor

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Let's begin our first review pasal novel yang aku rasa best sangat dan BEST SELLER okey..Aku ulang sekali lagi BEST SELLER okey.. Tajuk buku tu aku dah tulis dekat title tadi, Awek Chuck Taylor. Fuhh !! Tajuk memang gempak kan, tapi jalan cerita dia memang best.. Real life a.k.a kisah benar penulis novel ni sendiri kot.. 

Sebelum aku review pasal novel ni dengan lebih lanjut, apa kata kita buat sesi pengenalan dulu tentang asal usul novel Awek Chuck Taylor.



Okey, ni cover bagi novel Awek Chuck Taylor, penulis novel Nami Cob Nobbler yang juga merupakan seorang blogger tehtarikgelasbesar.tumblr.com. Lejen Press merupakan syarikat penerbitan yang menerbitkan novel Awek Chuck Taylor dan menjadikannya sebagai novel BEST SELLER untuk syarikat penerbitan tersebut. Apa yang paling penting, novel ni mula diterbitkan sejak tahun 2011 dan sehingga tahun 2014 telah masuk kepada cetakan yang kesembilan. 

Oleh kerana novel ni selalu sangat BEST SELLER, pihak penerbitan Lejen Press pun bercadang untuk mementaskan novel ini dalam bentuk teater (awekchucktaylor.tumblr.com) dan ternyata sambutan yang diterima daripada masyarakat sangat menggalakkan. Kekuatan yang ada pada jalan cerita novel ni membuatkan semua pembaca teruja untuk menyaksikan penceritaan dalam bentuk teater pula. Bagi sesiapa yang belum dan berniat nak baca buku ni, aku sangat galakkan beli dan baca dengan kadar yang SEGERA..

Ha! ni aku bekalkan dengan sedikit sinopsis novel Awek Chuck Taylor...

Kisah seorang mamat bernama Hafiz yang bertemu dengan seorang gadis hipster anarkis yang bernama Mira. Pertemuan ini mencetuskan beberapa ledakan aneurysm kepada korteks serebrum, serta perhubungan dengan adik beradik Mira, Aiman dan Nana yang menjadi semakin akrab. Dan keakraban itu mencetuskan cinta tiga segi antara Hafiz dan adik Mira, Nana.

Juga menceritakan terfaktabnya Hafiz dengan awek yang dia stalk bernama Shiela, awek dia yang cemburu buta bernama Fadilah, awek kikis duit bernama Bella serta adik angkat yang hidup dalam pasca moden kehidupan melayu urban influence nona dan cerekarama bernama Azrina serta liku-liku kehidupan seorang mat rempit narcissist bernama Aiman yang berdrama didepan gerai nasi ayam.

Okey ! review daripada aku sebagai orang yang telah baca novel ni, tak rugi baca sebab cerita dia santai saja.. tapi sumpah la, banyak juga yang aku tak berapa nak faham especially bila penulis ni mention pasal music yang aku tak pernah dengar. Tapi aku still boleh layan lagi sebab sambil baca aku search la lagu tu kat youtube.. Apa nak susahkan, dunia dihujung jari.. Hehe ^_^.. Bab bahasa dalam novel ni memang agak kasar dan bagi yang hati lembut tu, just chill saja la masa baca.. Tu memang gaya bahasa penulis yang santai dan sempoi.. Kalau tak suka bahasa dia, sila jangan baca.. Tapi nanti korang juga yang rugi sebab tak tahu jalan cerita. Haha !..

Cerita tentang realiti kehidupan seorang remaja yang mempunyai fahaman dan gaya hidup yang agak sosial tapi ianya REALITI... dalam dunia ni mana ada orang yang sempurna kan, semua akan menutup segala kejahatan dengan muka yang baik dan innocent... Itu dunia sebenar, terlalu banyak yang 'plastik'.. Hehe.. Sila faham sendiri ya... Gaya hidup Hafiz yang agak sosial dan tidak boleh hidup kalau tak ada makwe telah menemukan dirinya dengan seorang gadis yang sangat suka menentang falsafah masyarakat melayu juga seorang yang tetap pendirian yang bernama Mira yang juga baru sahaja putus cinta. Keserasian antara mereka berdua menjadikan mereka sebagai pasangan kekasih yang paling sempoi tetapi semuanya jadi kacau apabila Hafiz mula jatuh cinta dengan Nana iaitu adik kesayangan Mira. Perasaan kasihan telah bertukar menjadi cinta dan hafiz berasa sangat keliru kerana dia adalah kekasih Mira, tetapi hatinya juga menginginkan Nana. Maka dengan itu, cinta tiga segi pun bermula tetapi Hafiz hanya memendamkan perasaan begitu juga dengan Nana kerana mereka berdua sangat menyayangi Mira dan begitu juga sebaliknya.

End of story, korang kena la beli dan baca sendiri buku ni kalau nak tahu in the end c Hafiz tu dengan siapa.. Mira or Nana?? Ataupun dengan Azrina, si adik angkat yang hidup dalam urban lifesytle? Ataupun Bella, si kekasih yang kuat mengikis duit Hafiz? Hehe ! Sila dapatkan novel ini untuk mengetahuinya...

Done !! Itu saja review aku untuk novel ni.. Bagi aku best, tapi kalau korang rasa tak best aku tak boleh nak buat apa kan.. Lain taste pembacaan agaknya.. ^_^

See U next entry... Tatatititutu....
Enjoy reading...



Saturday, 8 March 2014

Cinta Kau dan Aku


Sinopsis :

"Apa, jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat kau tu jantan ke nak jadi driver", marah Mak Timah.
"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" Soal Farish Hakimi dengan wajah serius.
"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."
Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?

Novel genre cinta yang pertama aku pernah baca. Penulis novel ini iaitu Siti Rosmizah telah membuatkan aku rasa tertarik untuk membaca novel ini. Novel ini menceritakan tentang seorang gadis cantik tapi beperwatakan tomboy yang bernama Nur Farisha Iman yang telah bekerja sebagai pemandu bagi seorang pemuda yang kaya dan tampan bernama Mohd Farish Hakimi. Walaupun perwatakan Risya tomboy, tetapi Farish tetap jatuh cinta dan sayang kepada Risya dan membuat keputusan untuk mengahwini gadis tersebut. Kehidupan mereka sangat bahagia, tetapi dengan kehadiran adik kepada Farish dan bekas tunang Farish membuatkan rumah tangga mereka mula goyah dengan pelbagai fitnah yang dilemparkan kepada Risya. 

Pada saat Farish mula meragui isterinya, adik dan bekas tunang Farish telah merancang rancangan jahat yang memerangkap Risya dengan sahabat baiknya. Farish yang melihat kejadian itu, tanpa usul periksa telah menceraikan Risya dengan talak satu. Pada saat itu, Farish tidak memberikan peluang langsung kepada Risya untuk menerangkan keadaan yang sebenar. Setelah berpisah dengan Farish, cikgu Zul yang banyak membantu Risya dan memberi semangat semula kepada Risya. Cikgu Zul merupakan bekas cikgu sekolah Risya dahulu dan pernah berniat untuk masuk meminang Risya tetapi di tolak mentah-mentah oleh Risya. Tapi selepas berpisah dengan Farish, Cikgu Zul yang banyak memberikan bantuan dan membuatkan Risya terpikat dengan kebaikan Cikgu Zul. Tetapi malang tidak berbau di mana Cikgu Zul sebenarnya menghidap penyakit yang serius dan jangka hayat beliau untuk hidup tidak lama. Risya berasa simpati dan berniat untuk menikahi Cikgu Zul bagi memenuhi impian cikgu tersebut di mana telah lama menyimpan perasaan dengan Risya.

Sebelum Risya dengan Cikgu Zul berkahwin, takdir telah menemukan Farish dengan Risya semula. Rupa-rupanya Cikgu Zul merupakan sahabat baik kepada Farish dan sangat mengejutkan buat Farish bahawa Zul sahabat baiknya akan berkahwin dengan bekas isterinya Risya. Sangat saspen plot dalam novel ini, cinta tiga segi..

Kalau korang semua nak tahu apa pengakhiran cerita dalam novel ini, kena la baca sendiri. Aku pasti penamat cerita ini memang terbaik. Aku bagi lima bintang untuk cerita novel ni. hehe.. 

Sebelum aku terlupa, novel ini telah diadaptasikan menjadi sebuah drama TV yang bertajuk Cinta Kau dan Aku yang disiarkan di saluran  RTM TV1 pada tahun lepas.. Barisan pelakon terdiri daripada Fizz Fairuz yang membawa watak sebagai Farish Hakimi, Sara Ali membawa watak sebagai Nur Farisha Iman dan Fazreen Rafi sebagai Cikgu Zul. Cerita dalam drama dan novel memang sama. Terbaik dan tidak mengecewakan kepada pembaca dan juga penonton..


Selamat membaca semua..... ^_^

Tuesday, 4 March 2014

Welcome to newbie blogger.. !!

Here we are... ^_^

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Hai semua,
Selamat datang ke dunia penuh berliku ini.. Eh, bukan.. hehe!
Selamat datang ke blog saya tak seberapa ni..

Sebenarnya blog ini adalah salah satu daripada tugasan assignment saya bagi kursus subjek Pembangunan Blog dan Laman Web..

Saya sangat suka membaca novel pelbagai genre.. Dengan itu, saya berminat untuk berkongsi pengalaman dan pendapat mengenai sesebuah novel yang telah saya baca... Bukan niat untuk mengkritik mana-mana penulis novel, tapi sekadar memberi pendapat.. Saya ulang sekali lagi, memberi pendapat saya tentang novel yang telah saya baca..  ^_^ !

Sekian pengenalan daripada saya yang sentiasa rendah merendahkan diri yang diberi nama Suzana Suddin..

Terima Kasih daun keladi,
Entri seterusnya dua tiga hari lagi..